1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Berikut Penjelasan Bahaya Rokok Vapor

Gambar daripada internet
ROKOK vapor sedang menjadi fenomena baru dalam masyarakat Malaysia. Ramai yang beralih ke rokok vapor kerana, menganggap cara merokok seperti ini lebih selamat dan lebih bergaya, tanpa mengurangi kenikmatan seperti menghisap rokok tembakau itu sendiri.
Namun pengkaji banyak yang sudah membuktikan fakta penemuan bahaya dari setiap hisapan rokok elektrik. Berikut penjelasannya.
Pertama, rokok elektrik didakwa mengandungi bahan seperti Diethylene Glycol (DEG), Tobacco Specific Nitrosamines (TSNA), dan karbon monoksida yang berbahaya bagi tubuh badan. Tambahan bahaya, benda tersebut juga ada yang mengandungi formalin.
Kedua, penggunaan rokok elektrik dalam jangka lama akan meningkatkan kadar plasma nikotin secara signifikan.
Ketiga, benda dengan campuran pelbagai perasa ini akan meningkatkan kekerapan nadi dan kadar plasma karbon monoksida secara ketara sehingga mengganggu kesihatan tubuh badan.
Berdasarkan data di atas, ketika ini rokok elektronik belum terbukti selamat sebagai alternatif untuk terapi gantian pengambilan nikotin. Dikutip dari pelbagai sumber.

0 Ulasan / Response to "Berikut Penjelasan Bahaya Rokok Vapor"

Post a Comment