1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Apa Itu Rokok E-elektronik - Vaporizer

Rupa bentuk e – cigarette diawal kemunculan

Dikenali sebagai rokok elektronik atau e-cigarette atau juga digelar vaporizer. Di Malaysia Vape semakin mendapat tempat dikalangan perokok tegar yang ingin berhenti merokok dan juga yang ingin berjimat cermat berikutkan kenaikan harga yang rokok yang tidak terkawal.
Bagaimana rokok e – elektronik ini berfungsi?

what-is-an-electronic-cigarette

Cara rokok ini berfungsi dengan mengunakan bateri, tangki e – liquid dan modular. Pada peringkat awal, teknologi e- cigarette ini tidak begitu maju dan lama kelamaan, direka dalam kawalan digital.

Vamo

Rupa bentuk selepas yang pertama dicipta.
Setelah beberapa ketika, bentuk dan teknologi rokok e-elektronik ini berubah serta teknologi mengunakan cip
(mod/modular) berkembang. Teknologi cip dalam modular memudahkan pengguna rokok e-elektronik ini mengawal jumlah watt untuk memanaskan atomizer ( tangki liquid) . Mengikut pengalaman pengguna, mereka mendapat kepuasan maksima apabila mengunakan modular bercip.

Pioneer4You-IPV2-50W-004

Reka bentuk Mod/modular terkini
Tip untuk newborn vaper
Perhatian kepada newborn Vapers. Normally anda akan memilih Personal Vaporizer sebegini untuk start vape. Tahniah kepada anda kerana langkah untuk berhenti merokok telah dimulakan. Biasanya PV jenis ini akan dipilih kerana harga untuk pakej ni memang murah. Mod, tank dan usb charger akan diberikan dengan harga bermula dari RM 30 hingga ke RM 100.

haus-instruction-1

Personal Vaporizer
Simptom pertama anda akan rasa ialah sakit tekak bila vape dan rasa kurang puas sebab nicotin intake dia tak sama macam hisap rokok sebatang. Lama kelamaan feel dia akan hilang dan kesilapan ramai orang akan start balik analog (rokok biasa)

Jika anda bernekad tak nak merokok, anda perlu ambil kira beberapa faktor ni:

1) Kandungan nikotin dalam Flavor.
Lagi tinggi nikotin dalam flavor lagi keras vapor akan lalu kat tekak sampai boleh terbatuk. Ini juga salah satu faktor anda akan kurang nak vape sebab orang cakap “tak kena tekak”. Nicc diukur dengan miligram atau pun mg dimana anda boleh dapat dari 3, 6, 7, 9, 12 hingga ke 24mg.

Lagi tinggi mg lagi keras. Kesilapan ramai orang ialah mendengar nasihat seperti ” nak stop kene start dengan nicc tinggi, kemudian reduce sebab nak dapatkan intake macam analog “. Sebab diawal vape dulu tak tahu pasal mg ni, kebanyakan dari kita main bedal je beli liquid tu yang kadang2 keras kadang2 lembut jadi ada gak terasa nak bantai analog balik. So sebenarnya ia ikut tekak anda sendiri. Kalau sesuai dengan lembut maka ambillah 3 or 6mg. Pendek kata cuba semua dulu. Kalau 12mg anda rasa ok maka teruskan. Asalkan tak hisap analog.

2) Rasa e-liquid tu sendiri.
Sekarang terdapat pelbagai jenis perisa atau pon flavor. Dari perisa buah-buahan seperti Blackcurrent (kegemaran orang malaysia ni), Honey Dew, Strawberry, Mangga muda, Mangga masak, Nenas, Oren dan sebagainya. Ada juga perisa bakeri/kek yang berlemak manis berkrim seperti butterscotch, vanilla custard, strawberry cheesecake, cream coffee dsb. Ada lagi flavor yg berasaskan rasa tembakau yang dicampur seperti apple tobacco dsb.

Apa yang anda perlu buat ialah mencari All Day Vape (ADV) anda. Cari liquid yang sesuai supaya anda tak bosan. Anda boleh berterusan dengan 1, 2, 3, 4, 5 belas botol sekali pon perisa yang sama. Pada masa yang sama anda boleh sulam dengan flavor2 lain. Janji ADV ada bersama anda. Ini untuk mengelakkan kesangapan.

3) Servis tank anda selalu.
Tahukah anda tank anda menggunakan kanthal dan wick untuk pemanasan liquid supaya bertukar jadi wap. Jika anda menggunakan tank macam dalam gambar or CE3, CE5, Vivi Nova dsb lepas seminggu vape rasa dia akan lain, kelat, pelik, payau atau pun hangit. Pastu mula la cakap PV anda rosak. Anda akan end up beli set PV lain or malas nak vape. Memang pernah terjadi kepada newborn vapers sehingga kita notice yang tank tu bole servis.

Untuk pengetahuan anda e-liquid mempunyai sweetener or pemanis dimana ia bole mengakibatkan wick dan kanthal anda tu “gunk” or kerak. Nak cakap melayu gunk tu apa pon payah gak tapi maksudnya ada baki2 sisa pemanasan melekat dekat point pemanasan liquid.

Ianya berwarna hitam dan menyebabkan liquid anda tukar kaler kegelapan. Jadi anda perlu “recoil” atau buat balik coil pada tank tersebut dengan wick dan kanthal baru supaya rasa sedap lemak berkrim tu datang balik so anda bole vape dengan sedap sehingga menjilat drip tip.

Kalau anda jaga 3 benda nih memang akan 3 langkah kehadapan lagi untuk berhenti merokok. Harap info ni membantu rakan2 vapers baru kita. Sila share jika perlu. Terima kasih kerana membaca 1sen nih.

2 Responses to "Apa Itu Rokok E-elektronik - Vaporizer"

  1. Excellent read, I just passed this onto a friend who was doing some research on that. I will learn a lot of new stuff right here! Best of luck for the next! Please visit my web site Vaprovapes.ie. Best E Cig Store Galway service provider.

    ReplyDelete