|
Sumber daripada internet |
Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-
- akibat keatas penagih
- akibat keatas keluarga penagih
- akibat keatas masyarakat dan
- akibat keatas negara
Akibat Ke Atas Penagih
|
Akibat yang jelas ialah dari segi
tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri
daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih
dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja
atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah
tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh
kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan
yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil
dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia
mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan
sebagainya. |
- Akibat Ke Atas Keluarga Penagih
|
Maruah dan nama baik keluarga penagih
akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban
kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang
banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat
dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda.
Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku. |
Akibat
Ke Atas Masyarakat
|
- Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana
terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn
oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah.
Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan
seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban
peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan
masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan
dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga
dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak
dengan dadah.
|
Akibat Ke Atas Negara
|
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung
kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos
yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos
nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
- Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
- Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan
penagih dadah
- Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
- Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang
berkaitan dan
- Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan
bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital
dan sebagainya .
- Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana
sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan
kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti
jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan
masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum
belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal
pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih
yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang
berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan
yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi
harapan nusa dan bangsa .
|
SUMBER
booo
ReplyDelete