|
Gambar daripada internet |
Pengenalan rokok
Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder
samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran
antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm berbeda mengikut negara.
Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar
asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Bahaya kandungan rokok
Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesihatan kita rokok dapat
menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim ,
Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser
payudara, Kanser paru-paru, Penyakit saluran pernafasan kronik Strok,
pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis Penyakit
jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat
Keguguran bayi, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot
lemah, Penyakit gusi, Kerosakan mata Yang tersebut diatas adalah bahaya
rokok bagi perokok aktif, apa pula perokok aktif ? perokok aktif adalah
orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok
pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi
menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang
merokok. struktur kandungan bahaya rokok Di bawah ini merupakan bahaya
asap rokok bagi perokok pasif. Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan
penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan
bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong
Sakit kepala zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih
banyak nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak
tar 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan Bahaya asap
rokok terhadap ibu hamil dan janin dalam kandungannya Keguguran
janin/bayi Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi Kematian janin
dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta) Berat badan
berkurang – 20 hingga 30% Bahaya asap rokok terhadap bayi Masalah dan
penyakit pernafasan Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan
Jangkitan telinga Leukeamia Kanser otak 22% Cepat lelah Sindrom kematian
secara mendadak
Kesan merokok
Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan
disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan
tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan
kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka
yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung
melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan
kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan.
Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan
oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada
asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya
pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah
ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau
dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning.
Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan
mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya
bersukan.Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh
membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan
daripada rokok yang bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ
dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh
menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali.
Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan
barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan
menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap
rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi,
osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis (
jangkitan pada paru-paru).
Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari
tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama
kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat
merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara
umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim
di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu
ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri
malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang
sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang
yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak-kanak akan
mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu
pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah,
masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu
mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam
kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang
berat badan.
Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan
persekitaran.Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan
hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang
sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih
dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh
mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang
boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah
kesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan
kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air
dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan
terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga
menyumbang sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat
apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang
puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.Kebakaran juga
menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbonmonoksida
meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk
bernafasdan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana
alam akibat perbuatan manusia sendiri.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu
aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan
seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok
merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai
permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak
mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini
sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok
juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh
Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur
13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun
yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.
Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari
identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara-
perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja
juga mempunyai sikap ingin tahu daningin mencuba yang tinggi.Selain itu,
ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk
merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan
mengakibatkan apa- apa keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh
yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan
anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yangdilakukan oleh ibubapa
mereka.
Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang
sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli
rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang
diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk
pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan
ekonomi negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang
merokok merupakan satu pembaziran harta.Satu kajian telah dilakukan oleh
seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan perokok kebanyakannya
mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal
ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang
terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor
apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu
sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan
seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi
mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang.
Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah
syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara.
SUMBER
0 Ulasan / Response to "Pengenalan Rokok"
Post a Comment