1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH


Saya merupakan salah seorang panel penulis Buku Panduan Intervensi Kaunseling yang membimbing kaunselor untuk membantu merawat dan menjalankan intervensi  kaunseling pencegahan dadah bagi murid yang terlibat dengan isu berkaitan penggunaan dadah. Saya sudah menjalankan intervensi tersebut  mengikut sesi dan modul yang  telah dilampirkan sebagai satu kaedah dan proses membantu yang berkesan. Usaha membina modul ini telah dilaksanakan hampir 2 tahun dengan kerjasama Jabatan  Pendidikan Selangor, Agensi Dadah Kebangsaan, ACREDA USIM dan Jawatankuasa SPADA JPNS bergabung dalam menghasilkan penulisan modul ini. Realiti  tugas seorang kaunselor kini bukan sahaja sebagai seorang pembimbing dan kini juga boleh diiktiraf sebagai seorang perawat emosi  dan psikologikal pengguna dadah dalam kalangan murid sekolah. Saya mengharapkan suatu hari  buku ini akan menjadi panduan penting dalam usaha menjalankan intervensi  secara agresif dan seterusnya mampu menghapuskan penggunaan dadah  di MALAYSIA. Kami warga Sebukti Benci Dadah.

0 Ulasan / Response to " "

Post a Comment